Sunday, 9 October 2011

Istimewanya 10 Malam Terakhir Ramadan.....

Lailatul Qadar adalah satu malam yang sangat istimewa bagi umat islam. Malam yang penuh mulia ini adalah rugi bagi kita semua jika kita melepaskan peluang yang sangat berharga begitu sahaja. Firman Allah swt :
“Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatul Qadar. Tahukah kamu apakah malam Lailatul Qadar itu ? Lailatul Qadar itu lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar”. (Surah al-Qadr 1-5)
Antara keistimewaan Lailatul Qadar :
  1. Al-Quran diturunkan pada malam Lailatul Qadar.
  2. Amalan yang dilakukan pada malam lailatul qadar adalah lebih baik dari amalan yang dilakukan selama 1000 bulan yang bersamaan 83 tahun.
  3. Turunnya para malaikat dengan membawa rahmat, berkat, dan ketenangan.
  4. Salah satu peluang terbaik untuk memohon keampunan dari Allah swt
Daripada Aisyah r.ha bahawa Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud : “Berusahalah mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.”
(Hadith Riwayat Bukhari)
Antara tip dan panduan untuk dimanfaatkan sewaktu malam Lailatul Qadar :
  1. Beriktikaf
  2. Tahajjud
  3. Membaca Al-Quran
  4. Berzikir
  5. Munasabah Diri
  6. Perbanyakkan Solat Sunat
Insya Allah, semoga amalan ibadat kita diterima Allah dan dosa-dosa kita akan dihapuskan. Mungkin ini ramadan terakhir kita dan janganlah kita mempersia-siakan bulan ramadan yang penuh mulia ini.

lagi pelajar cedera akibat mercun.....

KOTA BAHARU: Seorang pelajar cedera parah di bahagian muka apabila disambar serbuk mercun yang dibakarnya dalam satu kejadian di Kampung Banggul Ara, Chicha, Pasir Mas, semalam.
Pelajar Sekolah Pendidikan Khas di Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim 2, Pasir Mas, Mohd Shafiq Mohd Laili, 9, cedera selepas belerang mercun yang dibakar tiba-tiba menyambar mukanya dalam kejadian yang berlaku di luar rumahnya jam 6 petang.
"Mercun roket itu asalnya dijumpai anak saya ketika pulang sekolah semalam yang dipercayai dibuang seseorang selepas tidak meletup.
"Tiba-tiba petang semalam seorang lagi anak saya Maisarah (kakak Mohd Shafiq) maklumkan dia kena mercun yang dibawa pulang itu," kata bapa mangsa, Mohd Laili Che Abdul Rahim, 43, di Wad Kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini, hari ini.

Katanya Mohd Shafiq kemudiannya dibawa ke Hospital Pasir Mas tetapi
terpaksa dihantar ke HRPZII untuk menerima rawatan lanjut.